Anti-Perhambaan Australia boleh memberikan nasihat undang-undang dan penghijrahan percuma dan sulit jika anda mengalami perhambaan moden, termasuk eksploitasi teruk di tempat kerja, di mana-mana sahaja di Australia.
Sila Telefon 02 9514 8115
E-mel antislavery@uts.edu.au
Laman Web www.antislavery.org.au
Bantuan Guaman menyediakan beberapa perkhidmatan guaman percuma yang tersedia untuk sesiapa sahaja dalam komuniti. Ini termasuk maklumat undang-undang dan perkhidmatan rujukan. Setiap negeri dan wilayah Australia mempunyai Suruhanjaya Bantuan Guaman sendiri. Terdapat pejabat Bantuan Guaman di bandar, pinggir bandar dan pekan di seluruh Australia.